Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Bapa Dato' Siti Nurhaliza Meninggal Dunia (Foto)

Entri oleh sultanmuzaffar 15 February 2009

Bapa kepada penyanyi nombor satu tanah air, Dato' Siti Nurhaliza meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, di ibu negara pukul 11.50 pagi tadi.

Taruddin Ismail, 67 tahun menghembuskan nafas terakhirnya akibat serangan jantung, kencing manis dan komplikasi buah pinggang.

Arwah dimasukkan ke hospital itu untuk menjalani pembedahan pintasan jantung sejak Jumaat lalu.

Taruddin meninggalkan seorang isteri, Salmah Bachik serta tujuh irang anak - empat lelaki dan tiga perempuan.

Menurut Siti Nurhaliza, bapanya mengadu sakit dada pada pukul 2 pagi di kediaman mereka di Kuala Lipis.

Bersama isterinya, arwah pergi ke Hospital Kuala Lipis.

Sekembalinya ke rumah, arwah rebag pada pukul 5 pagi hari yang sama.

Siti Nurhaliza kemudiannya menghantar sebuah ambulan ke Kuala Lipis untuk membawa bapanya ke Hospital Ampang Puteri.

Selepas pemeriksaan, doktor mencadangkan agar arwah menjalani pembedahan dengan segera.

Selepas berbincang dengan anak-anaknya, arwah sendiri yang menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Pembedahan pintasan jantung itu dilakukan pada pukul 7 malam sehingga 2.30 pagi hari Sabtu.

Sekitar pukul 8 pagi hari Ahad, doktor menghubungi Siti Nurhaliza sekeluarga.

Kesemua adik-beradik, isteri dan saudara terdekat berada di sisi arwah sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Antara rakan yang menziarahi jenazah Allahyarham di hospital ialah Dato' Yaakob, isteri dan anak mereka, Faizal, Datuk Amdan, penyanyi Farahdiya serta tiga orang anak tiri Siti Nurhaliza sendiri.









"Siti adalah Abah, Abah adalah Siti". Itulah kata azimat yang masih dipegang penyanyi tersohor itu untuk terus kuat menempuh gelombang dunia seni.

Gala TV sempat bertemu penyanyi nombor satu negara itu yang kelihatan sugul melayan tetamu yang datang menziarahi.

Akui Siti, beliau bersyukur kerana kesemua adik-beradik berada di sisi arwah sewaktu Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Namun demikian, tiada tanda-tanda akhir yang ditunjukkan oleh bapanya.

Kini dengan ketiadaan bapanya, kehidupan ibunya, Salmah Bachik akan diuruskan oleh kesemua adik-beradiknya.

Diiringi linangan air mata, beliau berjanji akan menjaga ibunya dengan baik.

Mengingati kenangan lama bersama arwah bapanya, beliau menyifatkan bapanya sebagai seorang yang sensitif dan tabah.

Jenazah Allahyarham di bawa ke kediaman Siti di Bukit Antarabangsa pada pukul 1.45 petang.

Antara tetamu kenamaan yang hadir menzirahi jenazah di kediamannya ialah TYT Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob dan isteri.

Turut hadir ialah Dato' Shah Reza, perunding perkahwinan Siti, pengarah Sirah Junjungan, Erma Fatima dan pelakon Sharifah Haslinda.

Tepat pukul 4 petang, sembahyang jenazah dilakukan.

Kereta jenazah beredar dari perkarangan kediaman Siti sekitar pukul 4.30 petang menuju ke Kampung Tempoyang, Kuala Lipis untuk upacara pengkebumian selepas sembahyang Maghrib.

Saya mewakili pembaca blog sultanmuzaffar dan warga kerja Gala TV Astro AWANI merakamkan ucapan takziah buat Dato' Siti Nurhaliza sekeluarga.









10 komen

  1. KECU Says:
  2. Al-fatihah
    Takziah buat Ct sekeluarga...

     
  3. hafizzuan Says:
  4. al-fatihah..

     
  5. salam takziah & alfatihah

     
  6. Anonymous Says:
  7. salam takziah utk ct sekeluarga..tabahlah..

     
  8. Anonymous Says:
  9. how can i live without my abah =(
    takziah ct dan keluarga..

     
  10. takziah bt keluarga ct....
    sama2 kita sedekah al fatiha...
    memang sedih bila khilangan ayahanda yg tcinta....

     
  11. CLEO Says:
  12. Takziah untuk Siti sekelurga. Semoga roh Allahyarham d cucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan org2 yg soleh dan beriman. AMIN.. Al-Fatihah.

    Semoga Siti akan terus tabah menghadapi hari2 yg mendatang tanpa abah d sisi.

     
  13. My_music Says:
  14. Al-fatihah
    Takziah buat Ct sekeluarga..

    sitinurhaliza-svoa(dot)com

     
  15. Anonymous Says:
  16. marhaba. IMHO, tak perlu la upload byk photos of grieving CT. Sometimes we have to respect some personal moment. Ask ourselves our intention for those photos. to attract reader to read exclusive in-depth? just my honest opinion. -WAN in Dubai-

    Al-Fatihah for ayahanda CT

     
  17. kae Says:
  18. saya tumpang bersedih. redhailah pemergian arwah.

    moga rohnya dicucuri rahmat.al-fatihah.

    amin.

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger